Kepada Netizen.
Aku nak kongsi sedikit pengalaman di saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya kerana menggunakan lorong kecemasan oleh panduan sahabat-sahabat yang degil dan bernasib malang seperti aku ini kerana menggunakan lorong kecemasan.
Satu hari aku menerima satu surat berdaftar dari saudara aku yang dialamatkan ke alamat lama tempat aku tinggal. Setelah dibuka maka terpampanglah satu surat saman daripada JPJ supaya aku hadir ke mahkamah kerana memandu di lorong kecemasan. Kebetulan pada tarikh tersebut merupakan bulan puasa dan aku malas nak pergi kemahkamah. So buat-buat tahu ajelah.. Ha ha ha.
Kerana kebodohan aku itu menyebabkan masalah mula timbul bila time nak renew road tax semula. Semasa nak renew road tax, didapati kereta aku telah disenaraihitamkan dan tidak boleh memperbaharui road tax lagi. Apa lagi mengelabah le sekejap , road tax dan tamat tempoh dan tak boleh diperbaharui lagi. Dah tentu tak berani nak bawa takut ditahan polis pula. Cam na nak settle ni?.... hi hi hi.
Esoknya jam 8.30am aku dan terpacak dekat JPJ Wangsa maju. Selepas semakan didapati kereta aku dah disenaraihitamkan oleh mahkamah Shah Alam kerana tidak hadir ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan dan seterusnya dicaj bawah kesalahan sek 114(2) APJ 1987 kerana tidak hadir di mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.
Esoknya jam 8.30am aku dan terpacak dekat JPJ Wangsa maju. Selepas semakan didapati kereta aku dah disenaraihitamkan oleh mahkamah Shah Alam kerana tidak hadir ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan dan seterusnya dicaj bawah kesalahan sek 114(2) APJ 1987 kerana tidak hadir di mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.
Tak pasal-pasal ada 2 saman aku kena settlekan sebelum tindakan untuk membaharui road tax boleh dilakukan semula iaitu :-1) saman kerana memandu di lorong kecemasan boleh di denda sehingga RM2000,00 dan 6 bulan penjara 2) saman kerana tidak hadir kemahkamah di bawah kesalahan sek 114(2) boleh dihukum tidak melebihi RM5,000.00 dan penjara tak lebih dari 1 tahun.
Aku minta JPJ bukti kesalahan yang aku dah buat tersebut. Kakitangan JPJ dengan selamba mencetak gambar kereta aku yang sedang memotong di lorong kecemasan di lebuh raya elit dari Bandar saujana putra menuju ke Putra height. Setelah mendapat penjelasan baru aku ingat kejadian Lebuh raya sesak teruk dan aku perlu bergegas ke sekolah untuk mengambil anak aku yang akan balik sekolah. Kerana bimbangkan keselamatan anak aku terutamanya berkaitan penculikan kanak-kanak sekolah sejak akhir-akhir ini dan jarak antara simpang keluar lk 1 km maka aku buat keputusan untuk menggunakan lorong kecemasan supaya boleh cepat sampai ke sekolah.
Malangnya ada pengguna lebuh raya yang sangat perihatin telah mengambil gambar kereta yang aku pandu dan seterusnya di hantar ke JPJ untuk tindakan undang-undang kerana kesalahan tersebut. Baik betul hati pengguna yang telah mengambil gambar kereta aku tu. Tak apalah nak buat cam na aku terima dengan hati yang bercampur baur. geram pun ada, marah pun ada. Bagaimanapun bila fikiran ku dah rasional maka terpaksalah terima hakikat yang aku memang dan buat kesalahan. So terima jelah, nak buat cam na.. bak kata orang dan Terang lagi bersuluh . Ha ha ha.
PERTIMBANGAN
Setelah jelas dengan kesalahan dan penalti yang akan dikenakan terhadap aku, maka beberapa pertimbangan masuk dalam otak aku iaitu:-
a) Mengaku salah - Kena denda maksimum RM 2,000 serta penjara 6 bulan kerana memandu di lorong kecemasan dan RM 5,000.00 serta penjara 1 tahun kerana engkar ke atas notis dibawah seksyen 114 Akta JPJ untuk hadir ke mahkamah.
b) Tak mengaku salah kononnya nak fight dengan JPJ atas alasan surat yang dihantar guna alamat lama dan tak sampai kepada aku. Tapi aku kena korbankan duit untuk upah lawyer pula. tak tahu berapa pula kena bayar. Selain dari itu, bila aku baca dalam internet tentang pengalaman sahabat-sahabat yang pernah kena kes cam ni, terdapat akta yang boleh mendakwa tertuduh kerana tidak mengemaskinikan maklumat rumah kepada JPJ dan boleh dikenakan penalti. Tak pasal-pasal kena charge lagi. Selain dari itu Kereta aku tak boleh jalan juga kerana tiada road tax.
c) Menyaman kembali JPJ Selangor atas alasan telah menyenaraihitamkan kereta aku secara tidak sah menyebabkan aku tidak dapat menggunakan kereta aku selama 1 bulan lebih. Ini dengan mengambil contoh terdapat Kes Melawan JPJ yang telah menang kerana tindakan JPJ menyenaraihitamkan kereta secara tidak sah dan JPJ terpaksa membayar gantirugi ke atas penyaman tersebut yang tidak dapat menggunakan kenderaan selama black list tersebut dilakukan.
Setelah habis fikir maka aku buat keputusan untuk mengaku salah jelah. Rasanya Mahkamah tak pernah jel orang atas kesalahan jalan raya atau gagal hadir ke mahkamah.
KEPUTUSAN
Aku telah hadir ke mahkamah Petaling Jaya untuk kes Memandu dilorong kecemasan dengan membawa duit RM2,000.00. Semasa di panggil di depan hakim mahkamah Petaling Jaya rupanya ada dekat 20 orang yang memandu di lorong kecemasan dan di dakwa di mahkamah. Kami beratur macam budak sekolah dan semuanya mengaku salah. Apa nak buat sudah terang lagi bersuluh. Berani buat beranilah tanggung.. hi hi hi..Kena denda RM1,200.00 (Melayang duit gaji bulan ni)..
Keesokan harinya aku pergi pula ke mahkamah Shah Alam bagi kes tidak hadir kemahkamah. Semasa dipanggil oleh pendaftar mahkamah dia memaklumkan biasanya kes macam ni denda antara
RM 150 hingga 200.00. Hati Sedikit lega kerana dalam poket aku standby RM5,000.00. Abih saving aku keluarkan takut kena denda maksimum. Selepasa mengaku salah hakim telah mendenda aku Sebanyak RM150.00. Lega dan sedih.. Lega kerana RM1350.00 melayang kerana lalu lorong kecemasan. Lega kerana kes selesai dan aku dapat boleh bayar road tax semula bagi kereta aku ini untuk pergi kerja.
PENGAJARAN
Terdapat beberapa pengajaran daripada pengalaman aku ini untuk aku kongsi dengan semua sahabat-sahabat netizen.
1. Kalau Dapat Notis 114 JPJ- Nak tak nak kena pergi mahkamahlah. Kalau tak pergi mahkamah berkuasa menyenaraihitamkan kenderaan kita dan tak bolehlah nak bayar roadtax.
2. Kalau engkar juga mahkamah akan keluarkan saman kerana tidak hadir mahkamah dan boleh dikenakan penalti sebanyak RM5,000.00 dan penjara selama 1 tahun. Tak pasal-pasal kena bayar dua saman. Satu saman kerana pandu di lorong kecemasan dan 1 lagi tak pergi mahkamah.
3. Kalau dah rasa terrer sangat boleh challenge di mahkamah dengan khidmat lawyer. Dan kalau menang boleh cuba saman JPJ pula untuk tuntut ganti rugi. He he he.
4. Tapi kalau pindah alamat cepat-cepat update kat JPJ. Kalau tidak boleh disaman kerana pindah alamat tapi tak maklum kat JPJ.

Setakat itu saja catatan kali ini untuk sedikit panduan kepada pengguna yang rajin guna lorong kecemasan. Bye
2. Kalau engkar juga mahkamah akan keluarkan saman kerana tidak hadir mahkamah dan boleh dikenakan penalti sebanyak RM5,000.00 dan penjara selama 1 tahun. Tak pasal-pasal kena bayar dua saman. Satu saman kerana pandu di lorong kecemasan dan 1 lagi tak pergi mahkamah.
3. Kalau dah rasa terrer sangat boleh challenge di mahkamah dengan khidmat lawyer. Dan kalau menang boleh cuba saman JPJ pula untuk tuntut ganti rugi. He he he.
4. Tapi kalau pindah alamat cepat-cepat update kat JPJ. Kalau tidak boleh disaman kerana pindah alamat tapi tak maklum kat JPJ.

Setakat itu saja catatan kali ini untuk sedikit panduan kepada pengguna yang rajin guna lorong kecemasan. Bye